Akta Lagu Kebangsaan – ‘social experiment’ main lagu Negaraku masa orang tengah makan adalah SAL4H?

Kepada yang ingin buat eksperimen sosial dengan mainkan lagu Negaraku di kawasan rambang, rujuk dahulu Akta Lagu Kebangsaan 1968. Secara ringkas, menurut seksyen 8, terdapat beberapa situasi di mana seseorang itu tidak perlu berdiri tegak apabila lagu Negaraku dimainkan iaitu:

1. Bilamana lagu tersebut dimainkan sebagai sebahagian daripada program televisyen; atau
2. Bilamana seseorang itu mempunyai sebab baik dan munasabah untuk tidak berdiri tegak dan tidak melakukan sebarang perbuatan yang merendahkan darjat lagu tersebut.

Seandainya seseorang itu didapati tidak termasuk dalam sebarang situasi di atas dan gagal berdiri tegak ketika lagu Negaraku dimainkan, pihak polis boleh menah4n individu tersebut tanpa perlu sebarang war4n menurut seksyen 9, dengan syarat ianya mesti berlaku dalam pemerhatian pegawai tersebut.

Kenapa saya tidak bersetuju dengan video viral yang memainkan lagu Negaraku di tempat awam?

Kerana situasi no 2 di atas sukar untuk kita simpulkan hanya melalui perbuatan seseorang yang tidak berdiri tegak dan berpotensi mewujudkan persepsi “tidak hormat” kepada lagu Negaraku walaupun penonton video tiada fakta mengenai kenapa individu tersebut tidak berdiri tegak seperti orang lain.

Konklusinya, kita hidup dalam masyarakat di mana kesopanan dan kesusilaan perlu diambil kira. Kesan tindak-tanduk kita dalam membentuk persepsi umum perlu diteliti terlebih dahulu. Etika memainkan lagu Negaraku dan penghormatan yang diberikan juga sebaiknya ikut undang-undang.

Tapi, kalau buat “remix” dari lagu Negaraku, terbalikkan bendera, atau mainkan lagu Negaraku dalam tandas, ini namanya mengundang mus1bah dan patut dikenakan kec4man dan t1ndakan.

Kredit; Naqib Faiz

Be the first to comment on "Akta Lagu Kebangsaan – ‘social experiment’ main lagu Negaraku masa orang tengah makan adalah SAL4H?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*