Lorong GELAP Chow Kit mula bersinar dgn wujudnya Surau Al-Hijrah

Sebentar tadi menyantuni komuniti mak nyah yang telah berhijrah dan menyampaikan sedikit sumbangan di Surau al-Hijrah, Chow Kit. ⁣Lorong kecil dan gelap di Chow Kit, mula ‘bersinar’ dengan wujudnya Surau al-Hijrah sejak beberapa tahun lalu. Saya dimaklumkan pelbagai aktiviti keagamaan dijalankan di sini. Ia juga menyebabkan kadar masal4h sosial setempat menurun. ⁣

Komuniti mak nyah berhijrah yang hadir pada malam ini bernaung di bawah NGO Pertubuhan Usrah Fitrah, Pintas dan Hijrah. ⁣Tahniah Ustaz ‘Ato’a dan Ustazah Dr. Hafizah atas kesungguhan membimbing saudara seagama kita.

Kita semua pada hakikatnya masih dalam perjalanan untuk mencapai kemerdekaan hakiki. Sudah pasti ada yang terselamat dan ada juga yang tersadung. Apa yang penting adalah saling bantu membantu ke arah kebaikan.

Kredit; Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Be the first to comment on "Lorong GELAP Chow Kit mula bersinar dgn wujudnya Surau Al-Hijrah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*