Ahmad Jihaduddin, kau pergi semasa sedang berpuasa sunat Muharam, semoga berbuka di taman Syurga…

Allahyarham Ahmad Jihaduddin Bin Hassan, satu nama yang hebat seindah akhlak tuan empunya diri. Pemergian mu hari ini akan terus kekal dalam ingatan dan sanubari kami, ahli Yayasan Amal Malaysia.

Seawal pagi Allahyarham Ahmad sudah tiba bersama beberapa teman anggota Jabatan Amal Malaysia Kawasan Ketereh untuk sama sama bergotong royong di Lata Chenai, Sg Terang Kg Bukit Jering, Jeli. Ia satu aktiviti yang dianjurkan oleh Yayasan Amal Malaysia Cawangan Kelantan dalam usaha memelihara dan memulihara alam semulajadi di negeri ini.

Dengan senyuman manis kepada semua yang hadir, Allahyarham kelihatan lekas turun dari pacuan empat roda setibanya di Lata Chenai. Segak berbaju T Amal dan berseluar taktikal, beliau menghayun par4ng menebas semak samun dan pepohon buluh yang tumbuh di sepanjang jalan menuju ke tapak program.

Pok Mid selaku Pengerusi Yayasan Amal Kelantan sempat menyapa Allahyarham dan anak anak muda ini serta bergambar di tepi mereka yang masih sibuk memotong buluh. Rajin dan tidak banyak cakap. Mereka benar benar membantu.

Semoga syurga menantimu dinda…

Sewaktu rehat sekitar jam 1 tengahari, dengan riuh rendah orang kampung makan bersama sama, Allahyarham yang sedang berpuasa sunat 10 Muharram hari ini, perlahan lahan menuju ke sungai untuk melepaskan lel4h.

Belum sempat kami menghabiskan sepinggan nasi, tiba-tiba terdengar sayup laungan meminta tolong. Berkali kali. Ia adalah temp1kan daripada teman teman Allahyarham yang ada bersama sama di pinggir sungai tersebut.

Waktu mu telah sampai. Tiada diawalkan atau dilewatkan walau seminit oleh Tuhan Maha Pencipta…

Kau pergi secara tiba-tiba. Sosok yang baru tadi tegap menghayun par4ng bersama sama kami, menebas dan membersihkan semak samun, kini hilang lebih 20 minit di dasar air. Masing masing tidak keruan. Tidak tahu mahu bermula dari mana untuk mencarinya.

Alhamdulillah setelah beberapa ketika, arus bawah air menolak tubuh Allahyarham ke tebing berbatu yang dapat dilihat dan terus sahaja orang kampung terjun mendapatkan beliau. Kami mengusungnya beramai ramai turun dari puncak jeram dan bergeg4s ke Hospital Jeli. Namun beliau disahkan men1nggal dunia.

Kemat1an itu pasti. Semua yang hidup pasti merasai mat1…

Kami kagum denganmu anak muda. Kekal menyarung uniform Amal hingga ke hujung ny4wa, dalam keadaan berpuasa pergi menghadap Tuhan Yang Maha Esa. Semoga diterima semua amal kebaikan, peluh keringat, jasa dan bakti, jer1t per1h yang telah kamu tump4hkan selama usia muda mu.

Bagi teman teman yang mahu menyumbang, bolehlah menyalurkannya ke akaun Yayasan Amal Malaysia Cawangan Kelantan, Maybank (5530 1060 6605). Kita sama sama ringankan urusan keluarga Allahyarham.

Di saat jariku menulis ini, Allahyarham masih berada di Bilik Forensik Hospital Jeli, menunggu untuk dibed4h s1asat. Semoga Allah mempermudahkan semua urusan keluarganya.

Sumber; Nazman Che Iberahim
Sukarelawan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Kelantan

Be the first to comment on "Ahmad Jihaduddin, kau pergi semasa sedang berpuasa sunat Muharam, semoga berbuka di taman Syurga…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*