Sahar Nakayama, hafizah dari bumi matahari terbit

Sahar Nakayama, remaja dari Jepun ini, sudahpun berjaya menghafal Al-Quran 30 juzuk ketika usianya mencecah 13 tahun. Dia dinobatkan sebagai hafiz muda pertama di Negera Sakura itu. Ayah Sahar merupakan seorang Muslim berasal dari Pakistan dan ibunya berasal dari Jepun dan telah memeluk agama Islam.

Anak sulung dari empat adik-beradik itu kini sudahpun berusia 18 tahun. Beliau berimpian untuk mempelajari agama Islam lebih dalam lagi, fasih berbahasa Arab serta belajar di sana. Lahir dan membesar dalam lingkungan non-Muslim di negara Jepun, tidak mampu menghal4ng Sahar untuk menjadi Hafizah dan seorang pendakwah di Negara Sakura kelak.

Beliau berharap, satu hari nanti, beliau dapat mengajarkan serta menyebarkan agama Islam di negara kelahirannya sendiri. Moga anak-anak kita menjadi Al Hafiz dan mengikut semangat Sahar untuk menyebarkan agama Islam.

Jom tonton video…

Kredit; Yuhanis Azam
Kredit Video; Samar Nakayama

Be the first to comment on "Sahar Nakayama, hafizah dari bumi matahari terbit"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*