KPN – Saksi utama kes Adib ubah pengakuan kepada polis

Ketika banyak pihak ternanti-nanti perkembangan s1asatan kes pembun0han Muhammad Adib Mohd Kassim, polis hari ini memberitahu seorang saksi penting mengubah keterangannya. Menurut Pengarah Jabatan S1asatan Jenay4h Bukit Aman, Huzir Mohamed, perubahan keterangan itu diberi semasa saksi terbabit disoal sekali lagi baru-baru ini.

“Saksi berkenaan mengubah keterangan dia… seorang lelaki India,” katanya kepada media pada sidang media di Bukit Aman hari ini.

Terdahulu Ketua Polis Negara Abdul Hamid Badir memberikan perkembangan terkini mengenai s1asatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kemat1an anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat berkenaan.

Huzir merujuk kepada seorang kontraktor, N Suresh, yang sebelum ini memberitahu Mahkamah Koroner Shah Alam bahawa pada 27 Nov 2018 dia menyaksikan rus0han di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya.

Semasa memberi keterangan pada Feb tahun lalu Suresh memberitahu dia melihat arw4h Adib terduduk dan bersandar pada bumper kereta yang dikelilingi puluhan orang. Kata Suresh dia terdengar beberapa orang dalam kerumuman itu menjer1t dalam bahasa Tamil “jangan puk0l!” dan “bomba pun mereka puk0l” sebelum melihat mangs4 dibawa pergi dari situ tanpa berkasut dan berbaju.

Ditanya apakah ada tindakan yang boleh dikenakan jika saksi terbabit men1pu mahkamah koroner, Huzir berkata: “Kita akan bawa balik keterangan dia kepada DPP (timbalan pend4kwa raya) untuk dilihat jika bercangg4h. Biar DPP tentukan.”

Bagaimanapun Huzir tidak mendedahkan maklumat lain mengenai apa yang dinyatakan saksi terbabit semasa soal siasat tersebut. Terdahulu Abdul Hamid memberitahu PDRM sudah memanggil semula semua 30 saksi yang memberi keterangan dalam inkues selain 52 saksi baru.

Bagaimanapun kata beliau tidak ada seorang pun daripada mereka dapat memberitahu polis mereka nampak Adib dipuk0l dalam rus0han berkenaan.

Dalam laporan Berita TV9 pula ketua Polis Negara berkata keterangan saksi ses Adib perlu diteliti. Satu pasukan kajian semula perlu ditubuhkan bagi meneliti keterangan saksi berhubung kes arw4h Muhammad Adib Mohd Kassim.

Terdapat percangg4han maklumat daripada saksi ketika polis mengambil keterangan mereka selepas Mahkamah Koroner memutuskan punca kemat1an Muhammad Adib akibat perbuatan jenay4h.

Saksikan video…

Sumber; mykmu.net

 

Be the first to comment on "KPN – Saksi utama kes Adib ubah pengakuan kepada polis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*