Sultan Johor biayai kos baik pulih wad Hospital Sultanah Aminah yg terbakar

Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah bahawa Baginda berkenan untuk membiayai kos membaikpulih Wad Perubatan Perempuan Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru yang terbakar petang, semalam.

DYMM Sultan Johor bertitah, Baginda juga akan melantik kontraktor bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan dapat dimulakan segera, di mana kos pembaikan ditanggung sepenuhnya oleh Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ).

Saya mahukan Pengarah Jabatan Kerja Raya, Pengarah Kesihatan Johor serta Pengarah Bomba Johor bersama membincangkan segera pelan pembaikan yang akan dilakukan oleh kontraktor.

“Selalunya kos pembaikan jika dilakukan kerajaan akan mengambil sedikit masa kerana terdapat sistem yang perlu dilalui dan saya tidak sal4hkan kerajaan, oleh demikian saya mahukan kerja-kerja pembaikan dilakukan segera,” titah DYMM Sultan Johor kepada Royal Press Office (RPO) pada hari ini (29 Jun).

DYMM Sultan Johor bertitah, Baginda sentiasa mengutamakan rakyatnya, dan peranan YSIJ juga amat besar kerana sentiasa terlibat dalam membantu orang ramai dalam pelbagai perkara.

Sumber; Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Be the first to comment on "Sultan Johor biayai kos baik pulih wad Hospital Sultanah Aminah yg terbakar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*