Pertama kali dalam sejarah; PM usul pecat Speaker dan Timbalan Dewan Rakyat

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin didakw4 telah mengemukakan usul untuk menggantikan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Mohd Yusof dan timbalannya, Nga Kor Ming. Perkara tersebut disahkan oleh Kor Ming kepada media tempatan.

“Ini telah dimasukkan ke dalam agenda,” katanya, hari ini.

Manakala, kedudukan seorang lagi Timbalan Speaker iaitu Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Mohd Rashid Hasnon seperti tidak terjejas. Terdahulu, akhbar Nanyang Siang Pau melaporkan, Muhyiddin akan mengemukakan usul untuk melucutkan jawatan Mohamad Ariff dan Kor Ming pada 13 Julai depan, iaitu hari pertama persidangan Dewan Rakyat.

Pergantian itu dibuat di bawah Perkara 57 (3) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan: “Dalam masa apa-apa kekosongan dalam jawatan Yang di-Pertua atau dalam masa Yang di-Pertua tidak hadir dalam mana-mana persidangan, melainkan oleh sebab Dewan Rakyat bermesyuarat buat pertama kali selepas suatu pilihan raya umum, maka seorang daripada Timbalan Yang di-Pertua atau, jika kedua-dua Timbalan Yang di-Pertua tidak hadir atau jika kedua-dua jawatan mereka itu kosong, seorang ahli lain sebagaimana yang ditentukan oleh kaedah-kaedah tatacara Dewan Rakyat, hendaklah bertindak sebagai Yang di-Pertua.”

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh dilapor, menyerahkan usul berkenaan pada jam 4.50 petang, semalam. Dalam pada itu, Kor Ming mendakw4, tindakan itu di luar kebiasaan amalan Parlimen kerana ini adalah kali pertama seorang Perdana Menteri mencadangkan untuk menyingk1rkan Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

“Penyerahan Muhyiddin kepada Parlimen untuk membuang Speaker adalah yang pertama dalam sejarah Malaysia. “Menurut konvensyen Parlimen, kedudukan Speaker biasanya dikosongkan dalam salah satu dari tiga keadaan berikut – ketika Parlimen dibubarkan untuk pilihan raya umum, ketika Speaker men1nggal dunia atau ketika Speaker mengundurkan diri. Ketiga-tiga situasi ini tidak terjadi,” dakw4nya.

Jelas Kor Ming, unsur kedua yang ‘di luar kelaziman’ dan belum pernah terjadi sebelumnya dalam usul itu adalah apabila penggantian Speaker dan Timbalan Speaker diminta dilakukan serta-merta.  Menurutnya, Parlimen biasanya memberi notis 14 hari kepada semua Ahli Parlimen untuk membolehkan mereka mencalonkan Speaker baru apabila jawatan itu kosong, sekiranya lebih dari satu calon dicadangkan, keputusan akan dibuat melalui undian.

Ahli Parlimen Teluk Intan itu mendakwa, Perdana Menteri secara bersendirian tiada kuasa untuk menyingkirkan Speaker atau Timbalan Speaker. “Hanya Dewan Rakyat yang berkuasa untuk melakukan itu. Apa pun usul, sama ada untuk mengganti speaker atau membekukan konvensyen Parlimen, ia mesti dibawa ke Dewan untuk undian.

“Pendirian kami mudah, kami akan hormat keputusan yang dibuat oleh Dewan Rakyat. Sekiranya dewan mahu kami kekal, kami akan kekal. Sekiranya dewan mahu kami pergi, kami akan pergi. Semuanya akan dilakukan mengikut Perlembagaan dan peraturan Parlimen,” katanya

Kredit; Ismaweb

Be the first to comment on "Pertama kali dalam sejarah; PM usul pecat Speaker dan Timbalan Dewan Rakyat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*