Graduan Jepun pilih bisnes jual akok di kampung dari kerja makan gaji

Terbaik Anok Kelate; Belajar tinggi-tinggi sampai “oversea” tp pulang ke kampung jual akok.

Ramai yg tertanya-tanya apakah sebab pemuda berusia 25 tahun ni memilih utk menjual akok berbanding melanjutkan karier dalam bidang “engineering”. Desakan ekonomi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sgt memberi kesan kpd masyarakat kampung.

Kehilangan punca pendapatan dan kehilangan kerja menjadi masalah utama rakyat di negara yg dilanda kris1s ini. Dgn platform perniagaan Akok Pok Long ini, pemuda ini dapat membantu orang kampung menjana pendapatan dgn membuat kerja-kerja pembuatan kueh akok.

Selain itu, pemuda ini dapat membantu pembekal-pembekal tempatan dgn membeli bahan mentah spt telur, santan, gandum, dan sebagainya dengan kadar yg lebih byk dan konsisten bg memenuhi permintaan akok di pasaran. Secara tidak langsung, kitaran wang tunai akan meningkat dan sedikit sebanyak menstabilkan ekonomi kawasan setempat.

Selain itu, pemuda ini ingin mengubah perspektif negatif masyarakat terhadap konsep kedai kueh tradisional yg digambarkan dgn kedai yg usang, buruk, dan rekabentuk yg lama kpd perspektif yg lebih positif. Oleh itu, pemuda jurusan rekabentuk kejuruteraan ini membuat kaji selidik mengenai rekabentuk yg lebih moden dan kemas dgn membuat rujukan rekabentuk kedai-kedai di negara yg lebih maju.

Konsep rekabentuk kedai yg dibawa oleh AKOK POK LONG adalah berkonsepkan kayu “pine” dan besi. Gabungan corak kayu “pine” yg di sapu dengan syelek dan besi berwarna hitam menjadikan kedai kelihatan moden dan kemas. Diserikan pula dengan papan tanda kedai yg mengikuti “style” semasa menjadikan kedai AKOK POK LONG unik dan disukai ramai.

Konklusinya, pemuda ini bercita-cita membantu lebih ramai penduduk kampung dan menaikkan lagi martabat kueh tradisional khususnya akok ke peringkat yg lebih tinggi. Memetik kata-kata semangat daripada pemuda ini…

“Kalau bukan kita anak muda, siapa lagi? Kalau bukan sekarang, bila lagi?” dapat memberi inspirasi kepada anak muda dan netizen di luar sana utk lebih proaktif menggunakan peluang yg ada di depan mata utk membantu orang sekeliling.

Kredit;  Shamil Sukri & Kelantan State

Be the first to comment on "Graduan Jepun pilih bisnes jual akok di kampung dari kerja makan gaji"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*