Wilhelm Ott – isteri saya dibuang kerja kerana masuk Islam

Wilhelm “The Amazing” Ott ialah juara MMA Eropah daripada Austria. Beliau telah mengejuttkan dunia bila melafazkan syahadah April lalu. Dia menyebut bahawa pendemik C0VID-19 telah melorongkan jalan buatnya kepada kepercayaan yang sebenarnya.

Semasa bulan Ramadhan lepas, dia dengan gembiranya mengumumkan bahawa isterinya, Michele Birringer juga telah melafazkan kalimah syahadah. Namun detik-detik kegembiraan tersebut tidak dapat kekal lama apabila isterinya dibuang kerja kerana menukar agama.

Willhelm membuat pengumuman itu baru-baru ini memberitahu bahawa isterinya memakai hijab ke tempat kerja dan kerana itulah dia dipecat!. Di dalam pos IG, beliau menulis ‘isteri saya dibuang kerja hari ini kerana memakai tudung’  kerana ia tidak sesuai untuk bekerja.

Menurut Wilhelm, isterinya selepas memeluk Islam, memang mempunya  niat untuk berhenti kerja memandangkan pekerjaannya melibatkan unsur-unsur har4m tetapi menangguhkannya kerana sekarang dunia sedang dilanda kris1s ekonomi kerana pendemik C0VID-19.

Pasangan ini  bagaimanapun mengambil iktibar positif daripada peristiwa ini dengan berkata ‘Ini adalah tanda yang Allah tunjukkan  bahwa pekerjaan itu memang tidak sesuai dengan isterinya  “It is a sign of Allah that this job is the wrong one. Alhamdulilah”

Mari kita tonton video majlis perkahwinanya tempoh hari…

Sumber; IN TO THE TRUTH

 

Be the first to comment on "Wilhelm Ott – isteri saya dibuang kerja kerana masuk Islam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*