Saya berjanji dengan Allah takkan ambil satu sen pun daripada PESAK1T MISK1N – Dr Muhammad Misyali

Dr Muhammad Misyali dari Mesir dikenali sebagai doktor fak1r misk1n. Beliau ialah lepasan Fakulti Perubatan tahun 1967 yang mendapat pangkat pertama dengan markah 99.3%.

Sejak 50 tahun, Dr Muhammad Misyali memberi rawatan percuma kepada pesak1t yang fak1r misk1n di klinik beliau yang terletak di Tanta. Malah, beliau turut memberi wang kepada mereka untuk membeli ubat-ubatan. Bagi pesak1t yang berkemampuan, beliau hanya mengambil bayaran sebanyak £10.00 (10 junaih Mesir) daripada mereka.

Setiap hari, kelihatan puluhan pesak1t berkumpul di klinik beliau yang agak sederhana. Dr Muhammad bekerja merawat ramai pesak1t selama 10 jam sehari bermula dari pukul 9.00 pagi hingga 7.00 petang. Beliau tidak mempunyai kenderaan apatah lagi telefon bimbit. Setiap hari beliau berjalan kaki dari rumah ke klinik walaupun ketika ini usia beliau sudah pun mencecah 80 tahun.

Pernah seorang hartawan dari Negara Teluk menyumbang sebanyak USD20,000.00 kepada Dr Muhammad setelah mendengar kisah beliau. Malah hartawan itu menghadiahkan sebuah kereta dek s1mpati dengan keadaan beliau.

Namun, setahun kemudian, ketika hartawan itu melawat Mesir, beliau mendapat tahu yang Dr Muhammad menyumbangkan kesemua wang tersebut kepada pesak1t-pesak1t yang fak1r misk1n. Beliau juga menjual kereta yang dihadiahkan itu untuk membeli peralatan perubatan yang digunakan untuk merawat pesak1t secara percuma.

Dr Muhammad Misyali berkata, “Selepas saya graduasi, saya mendapat tahu yang ayah saya meng0rbankan semua duit kos rawatan beliau supaya saya dapat jadi doktor. Sejak itu, saya berjanji dengan Allah yang saya takkan ambil satu sen pun daripada pesak1t yang fak1r misk1n.”

Kredit; PU Amin

Be the first to comment on "Saya berjanji dengan Allah takkan ambil satu sen pun daripada PESAK1T MISK1N – Dr Muhammad Misyali"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*