Pelik bila ada rakyat Malaysia tak suka orang Korea belajar bahasa Melayu…

Saya suka tonton satu channel orang Jepun ni. Dia dan suami datang ke Malaysia. iChang nama channel ni. Banyak video jalan-jalan mereka di Malaysia. Dapat lah lihat sudut pandang orang luar terhadap budaya di Malaysia.

Baru-baru ni ada tonton video pasal mereka order makanan di restoran mamak. Youtuber Jepun ini belajar beberapa perkataan mudah bahasa Melayu untuk order makanan.

Tup, jumpa satu komen oleh orang Korea pada video iChang ini. Nah, ini barulah betul ikut pepatah, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.

Bahasa Melayu wajib setiap rakyat Malaysia fasih. Kalau tak fasih, kena la belajar fasihkan. “How liau”. Perpaduan bermula dengan bahasa yang sama-sama kita boleh berbual.

Kredit; Izham Alias

Be the first to comment on "Pelik bila ada rakyat Malaysia tak suka orang Korea belajar bahasa Melayu…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*