Masya Allah, YB Kak Lah, Patutlah Beliau Digelar “The Iron Lady”

Walaupun saya tidak berapa berminat dengan dunia polit1k & ‘follow’ hal ehwalnya, tapi saya kerapkali akan terdiam lama dan mengikuti dengan penuh minat apabila terbaca ttg YB Siti Zailah ni. Sejujurnya, jauh di sudut hati, saya sangat kagum tentang dirinya walaupun hanya beberapa kali bersua muka.

Perkenalan saya dengan YB Siti Zailah ini bermula apabila saya hadir ke satu liqa’ Muslimat di Balai Islam Lundang, KB semasa zaman di Maahad dulu. Ada cerita peribadi ttg dirinya yang sy telah simpan selama belasan tahun. Untuk manusia seperti saya yg selalu kagum dengan orang2 yg hebat berpidato, sebetulnya saya sangat terpu.kau dgn ucapannya pada waktu itu. Pidatonya sangat berpengaruh, tajam dan menusuk hati.

Bangun Seawal jam 3 pagi…

Di sini, saya melihat Allah mel0ntarkan hikmahnya lidah bagi hambaNya yang tidak meninggalkan tahajjud. Ya, sememangnya beliau menyatakan tahajjud adalah makanan ruhani beliau yang dilakukan dengan istiqamah sejak berbelas-belas tahun dlm mencari bekal kekuatan diri untuk berjuang. Seawal 3 pagi lagi, beliau sudah bangun menyelesaikan segala rutin rumahtangga termasuk memasak, membasuh, mengemas rumah, mengurus hal ehwal anak-anak dan kemudian bertahajjud mengadap Allah.

Semua rutin tersebut diselesaikan sebelum subuh dan keluar ke medan polit1k dan Parlimen selepas waktu Subuh tanpa adanya bantuan pembantu rumah walaupun waktu itu beliau mempunyai 9 orang anak. Apabila beliau terpaksa keluar negara dalam masa seminggu @ dua minggu, beliau akan memasak lauk cukup-cukup untuk 1 @ 2 minggu dan menyimpannya dalam peti sejuk, tinggal hnya anak2 perlu memanaskan makanan itu kembali. Maka, tidak timbul isu anak-anak tak sempat diberi makan disebabkan ibu yang begitu sibuk berpolit1k. Subhanallah….begitu hebat skill rumahtangga beliau. Kuncinya kt sini : bangun awal-awal pagi untuk memasak.

Keluarga tidak pernah dilupakam walaupun sibuk…

Begitu juga dengan urusan anak-anak. Walaupun sangat sibuk sebagai Senator waktu itu, halaqah usrah beliau sangat penting di adakan untuk anak-anak. Setiap minggu, beliau sekeluarga akan berkumpul membuat usrah dan di dalam usrah tersebut, beliau akan menyelesaikan satu persatu permasalahan anak-anak terutama yang melibatkan pergad0han, isu tidak puas hati, akhlak, akademik dan sebagainya. Anak-anak juga diajar berdikari dan diberikan tugas untuk menyelesaikan urusan diri masing-masing.

Contohnya, setiap seorang dibekalkan bakul masing2 untuk membasuh baju, menjemur, melipat sendiri pakaian dan sebagainya.So, untuk 9 orang anak, ada 9 biji bakul. Begitu juga dengan jadual pengagihan tugas harian di rumah. Satu perkara yg beliau sebut, beliau dah lama tak lipat baju, tapi sebaliknya hnya guna hanger untuk menjemur baju dan bawak masuk terus baju dan hanger tersebut ke dalam almari dan ambik balik time nk guna. Boleh bayangkan berapa biji hanger yang beliau ada untuk seluruh keluarganya tapi beliau bukan pemalas ya, tapi itu memang skill pengurusan rumahtangga dan skill untuk jimat masa. Hihi

Akhlak dengan ahli keluarga yang mengkagumkan…

Saya masih ingat lagi apabila beliau menceritakan bahawa beliau telah banyak menarik sebahagian besar ahli keluarga suami dan keluarganya sendiri untuk menyertai parti Pas. Dengan cara bagaimana? Dengan cara menunjukkan akhlak yang baik dan bergaul dengan ramah – tamahnya dengan orang di sekeliling, tambahan lagi beliau fasih berbicara untuk menarik hati manusia sekeliling.

Sedaya upaya, beliau cuba hadir ke majlis2 kenduri dan keraian terutama daripada jemputan kaum keluarga. Jikalau beliau tidak dpt hadir, beliau akan menghantar 1 guni beras dan mengarahkan semua anaknya yang sembilan orang itu untuk hadir sebagai menggantikan beliau seorang yang tidak dapat hadir. Masya Allah hebat betul cara beliau menjaga hubungan silaturrahim sesama keluarga dan masyarakat.

Pernah tawarkan suami untuk berkahwin lain…

Satu lagi perkara yang membuatkan saya kagum pada waktu itu ialah apabila beliau menyatakan bahawa beliau selalu meminta maaf kepada suaminya atas kekurangannya sebagai isteri yang sibuk berpolit1k dan pernah menawarkan suaminya untuk berkahwin lain semata-mata untuk menyenangkan urusan suaminya kerana beliau selalu sibuk di luar.

Tapi dengan halusnya suami menolak tawaran beliau dan menyatakan bahawa Kak Zailah itu sudah cukup segala-galanya dalam hidup. Kak Zailah seorang seperti ada 10 orang Zailah baginya. Terharunya dengar, Ya Allah.. Apabila mendengar cerita begini, saya yakin di sebalik kehebatan Kak Zailah ni, sudah tentu ada suami hebat di belakangnya yang turut sama menyokong, membantu dan banyak bertoleransi samada dalam dunia rumahtangga dan penglibatan beliau dalam dunia polit1k.. Begitulah…

Ya Allah, sesungguhnya aku bersaksi bahawa YAB Siti Zailah ini layak.. memang sangat layak untuk memikul amanah Mu.. Permudahkan lah urusannya, Ya Rabb..

Kredit; Siti Zunaizah

Be the first to comment on "Masya Allah, YB Kak Lah, Patutlah Beliau Digelar “The Iron Lady”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*