Driver Grab Cina Ni Memang Patut DiViralkan…

MEMANG PATUT DIVIRALKAN..!!!

Hari ni saya nak viralkan sorang orang cina ni. Sebab utama saya viralkan ialah orang ni amat baik. Hari ni saya balik daripada hospital bersama bapak saya naik grab dia,dia bagi free je walaupun saya dah paksa. Dia bagi free mungkin sebab dia dengar cerita bapak saya. Hari ni bapak saya baru disahkan menghidap k@nser usus.

Saya rasa serba salah dengan kebaikan dia kalau saya tak balas. Ni je mampu saya balas. Hari ni juga saya nampak sebenarnya kita org Malaysia tanpa kira bangsa sering bersatu padu dan tolong menolong antara satu sama lain. Apa yg memisahkan dan memecahkn kita sebenarnya politik. Sesiapa yang tempah grab dan dapat pemandu ni tolong rate 5 star sebab dia yg bagi free ride kat saya dengan bapak saya hari ni.

**bukan saya yg naik grab ni, dan bukan ayah sy yg sakit tu. tq yg komen mendoakan ayah sy tu. Posting ni sy sharing sebb ianya sgt bernilai. Tatkala ada yg agres1ve dgn ‘perk@uman’, ada jugak hamba Allah yg tidak mengendahkannya dan tak fikir pasal ‘gaji’nya dgn hanya pasang niat ikhlas nak membantu.

Kredit pada owner asal posting ni, semoga Allah memberikan kesembuhan kepada ayahnya dan jugak memberikan hidayah kepada saudara pemandu grab itu. Amin

Kredit to : Syukri Haziq & Faizal Idashah

Be the first to comment on "Driver Grab Cina Ni Memang Patut DiViralkan…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*