Bila Kali Terakhir Anda Masih Bercakap Dengan Ibu Bapa?

Seriously gugur air mata bila lihat caption ini. Sa.yu dan sen.du jadinya. Rindu seorang ayah siapa tahu? Lumrah hidup beginilah. Bila ada tidak dihargai. Cuba dijauhi. Telefon sekali sekali. Balik kampung? Tunggu Aidilfitri. Itupun dua tahun sekali. Sebab bergiliran dengan pasangan yang satu lagi.

Bila tiada dialah yang dirindui. Tangan kasarnya terasa mahu disentuhi. Suaranya pula mahu didengari. Mujur ada rekod tempohari. Dapat juga dengar kembali. Muncul pula rasa mahu jumpa dan santuni. Mahu peluk dan didakapi. Tetapi apakan daya dia sudah pergi.

Kalau masih ada ayah dan ibu di sisi cubalah hubungi. Mereka bukan minta duit hari hari. Mereka mahu dengar, lihat suara dan tubuh anak yang dikasihi. Hubungilah. Sementara masa masih berbaki.

Kredit; DrRizal Abu Bakar

Be the first to comment on "Bila Kali Terakhir Anda Masih Bercakap Dengan Ibu Bapa?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*