Lagi Kisah Ayah Tiri Bernafsu SETAN, Terpaksa Tumpang Rumah Kakak Kerana Tak Tahan DIC4BUL…

Seorang pelajar sekolah menengah, melarikan diri dari rumah, menumpang di rumah kakak setelah tidak tahan dic@bul ayah tiri. Pelajar ini bijak dan cemerlang dalam pelajaran. Pernah dapat nombor satu dalam aliran.

Sejak kecil lagi dic@bul, hingga menjengah alam remaja. Pun ayah tiri tidak pernah melepaskan setiap peluang yang ada. Ibunya lebih percaya cakap suami. Suaminya cukup pandai belit cerita. Berputar alam bila dia berbicara. Lagi pun ibunya stroke separuh badan. Itu lebih menyed1hkan.

Dan kini, pelajar ini tertekan. Kehadiran sekolah sangat teruk. Cikgu kelas mula call bertanya minta dia ke sekolah. Namun dia tidak tahu bagaimana hendak cerita pada cikgunya. Yang dia dalam pelarian. Yang dia dic@bul ayah tiri selalu. Yang dia tengah tertekan. Yang dia tiada kenderaan untuk ke sekolah. Yang dia t@kut ayah tirinya ‘mencul1k’ dia semasa perjalanan pergi atau pulang dari sekolah.

Pernah sebelum ini dia melarikan diri. Dan dikesan oleh ayah tirinya. Dipaksa pulang, ditend@ng dan disak1ti. Ayah tirinya agak pelik. Sejenis yang suka bomoh-bomoh, benda-benda syir1k gitu. Beberapa kali masa ibunya tiada, dia dipaksa minum air apa entah. Air yang dicampur dengan bahan jampi serapah dan mungkin juga d@dah.

Dia menolak, ayah tiri memaksa hingga menend@ng perutnya. Tersungkur dia menahan kesak1tan dan mujur saat itu ibunya pulang. Tapi ibunya tetap berpihak pada ayah. Agaknya dah kena sihir ke apa entah. Dia sendiri tak tahu. Namun katanya, ibu sentiasa berpihak pada ayahnya walau banyak kali dibuat aduan.

Sepetang aku duduk mendengar ceritanya. Pelbagai lagi kisah pelik dan tak elok aku cerita kepada umum sebenarnya. Yang itu biarlah antara kami sahaja yang tahu. Yang penting, aku akan support pelajar ini belajar semula. Semua keperluan persekolahan dia, yuran, beli buku dan sebagainya Dana Kita akan support penuh.

Semoga dia terus kuat dan tabah mengharungi ujian besar ini. Dan semoga selepas ini dia akan terbang tinggi.

Kredit; Mohd Fadli Salleh

Be the first to comment on "Lagi Kisah Ayah Tiri Bernafsu SETAN, Terpaksa Tumpang Rumah Kakak Kerana Tak Tahan DIC4BUL…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*