Islam tidak larang panggilan ‘ABAH’ dan ‘UMMI’ kepada pasangan – Ustaz Ahmad Shukri Yusoff

Jangan begitu mudah menghar@mkan sesuatu yang tidak ada nas yang jelas. Panggilan papa dan mama antara pasangan sebagai contoh adalah panggilan mesra antara pasangan. Ia tidak bermaksud pasangan kita tu ayah atau ibu kita. Sama panggilan lain spt abang dan adik utk suami dan isteri. Ia bukan bermaksud pasangan kita itu abang atau adik. Apa yg penting panggilan itu boleh menambahkan kasih sayang antara pasangan.

Kredit: Ustaz Ahmad Shukri Yusoff

Menjawab isu panggilan (gelaran) kepada isteri dan suami; hukom Suami Memanggil Isterinya Dengan “Ummi”… Telah meriwayatkan oleh Imam Bukhari akan hadith :

قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ” قَالَ إِبْرَاهِيمُ لِسَارَةَ: هَذِهِ أُخْتِي

Artinya : “Nabi saw bercerita, bahwa adalah Nabi Ibrahim a.s. berkata mengenai Sarah (yakni istrinya) : “Ini adalah saudara perempuanku”. (Hadith Bukhari)

Al-Hafidh Ibnu Hajar Al-Asqolani, salah seorang ulama besar ahli hadith madzhab Syafi’e, menjelaskan mengenai hadith tersebut dalam kitab “Fathul Bari”, bahwa Imam Bukhari berpendapat bahawa jika suami memanggil isterinya “wahai saudara perempuanku” adalah tidak mengapa, kerana yang dimaksudkan oleh Nabi Ibrahim dalam ucapannya itu adalah saudara seagama. (Fathul Baari Syarah Sohih Bukhari)

Tersebut dalam kitab Mughni Ibnu Qudamah :

قال ابن أبي موسى: فيه روايتان، أظهرهما أنه ليس بظهار حتى ينويه. وهذا قول أبي حنيفة، والشافعي؛ لأن هذا اللفظ يستعمل في الكرامة أكثر مما يستعمل في التحريم، فلم ينصرف إليه بغير نية، ككنايات الطلاق

Artinya : Berkata Ibnu Abi Musa (pada hukum memanggil suami akan isteri dengan panggilan “ummi” itu) ada dua riwayat. Yang paling zahir antara kedua riwayat itu bahawasanya ia tidak dikira zihar sehinggalah jika diniatkan zihar. Inilah pendapat Abu Hanifah dan Syafie kerana lafaz tersebut lebih banyak digunakan kerana memuliakan bukan kerana mengha.ramkan. Maka tidak jadi lafaz ini kepada mengha.ramkan melainkan dengan niat seperti niat2 dalam masalah talaq. (Juz 8 m.s. 7)

Kesimpulan

Harus suami memanggil isterinya dengan panggilan wahai “ummi” atau “mama” atau “adikku” dan harus isteri memanggil suaminya dengan panggilan wahai “abi” atau “papa” atau “abangku” atau seumpamanya kerana panggilan seperti itu adalah dari sisi kebiasaan masyarakat termasuk memuliakan atau kerana melatih anak2nya bergaul dengan ibu bapa.

Jika suami memanggil isterinya wahai “ummi” atau wahai “adikku” tidak terjadi hukum zihar melainkan jika suami berniat zihar. Lebih elok dipanggil dengan panggilan nama atau sifat yang baik seperti “wahai Fatimah” atau wahai “yang manis” atau “yang cantik” dan seumpamanya.

Sumber; Ustaz Ahmad Shuri Yusoff & Ummu Muaz

1 Comment on "Islam tidak larang panggilan ‘ABAH’ dan ‘UMMI’ kepada pasangan – Ustaz Ahmad Shukri Yusoff"

  1. https://waterfallmagazine.com
    I am sure this paragraph has touched all the internet viewers,
    its really really fastidious post on building up new blog.

Leave a comment

Your email address will not be published.


*